Walaubagaimanapun saya amat berterima kasih kepada pensyarah yang mengajar kerana sangat komited memberi tunjuk ajar dan sabar melayan karenah pelajar-pelajarnya terutama pelajar seperti saya yang sudah suku abad usianya, ini bermakna agak perlahan sedikitlah penerimaannya jika dibandingkan dengan yang lain-lain . Namun dengan izin Allah, akhirnya diberi juga kefahaman untuk menerima ilmunya. Amin...
Kami telah mempelajari tentang difinisi pengaturcaraan komputer iaitu satu proses merekabentuk atau menghasilkan program aturcara komputer yang melibatkan beberapa fasa tertentu. Di sini kami diajar tentang program C++ . Kami juga didedahkan tentang cara bagaimana membezakan generasi bahasa pengaturcaraan selain daripada mengenali jenis dan mengenalipasti contoh-contoh bahasa pengaturcaraan yang utama. Secara amnya bahasa komputer boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu bahasa mesin iaitu bahasa generasi pertama, kedua bahasa perhimpunan iaitu bahasa generasi kedua dan ketiga bahasa peringkat tinggi yang melibatkan bahasa generasi ketiga, empat dan lima. Terdapat 2 jenis penterjemah bahasa peringkat tinggi iaitu kompiler dan penafsir.
Bahasa C++ ini mula diperkenalkan pada 1972 di Bell Laboratory, 10 tahun selepas kelahiran sistem UNIX. Bahasa berstruktur yang mempunyai sintaksis ringkas juga merupakan satu bahasa baru yang diperkenalkan menggunakan teknik aturcara berorentasikan objek.

Simbol-simbol carta alir C++
No comments:
Post a Comment