Kali ni kami belajar tentang Tatasusun Jenis Rentetan, Struktur Kawalan Dengan Sintak C++ , File Handling dan juga Fungsi. Banyak latihan-latihan Borland C++ diberi sebagai ulangkaji sebelum Ujian Midterm. Pada pertengahan P&P kami diberi pop quiz sebagai pengukuhan. Banyak juga input yang diperolehi kali ini.
Sebelum 6.30pm kami dikehendaki menghantar email tugasan berkumpulan . Alhamdulillah kumpulan kami berjaya melaksanakannya dengan baik berkat kerjasama ahli kumpulan iaitu Haryati dan Zalipah, terima kasih kepada ahli kumpulan dan kawan-kawan sekelas.
Fungsi pada kali ini, kami didedahkan kepada elemen fungsi yang melibatkan 2 kategori iaitu fungsi takrifan pengguna dan fungsi piawaian perpustakaan serta Skop Pembolehubah dan Fungsi.
3 element penting fungsi iaitu
i. Takrif fungsi
ii. Memanggil fungsi
iii. Prototaip fungsi
Kami juga diajar tentang tatasusun jenis rentetan dan Struktur Kawalan Dengan Sintak C++
Ilmu yang diperolehi pada hari ini cukup berkualiti. Insyallah mudah-mudahan kami sekelas dapat menjawab soalan ujian midterm dengan jayanya. Dan minta dihalalkan ilmu dari pensyarah yang mengajar dan mendidik kami. Amin.