Tuesday 13 December 2011

Pertemuan Ke4 Pengaturcaraan Komputer


Masa dan saat yang ditunggu-tunggu...tepat jam 9.15 pagi Midterm test pun dimulakan sehinggalah jam 11.00 pagi... Fuh!!!..soalannya ??? 20 soalan objektif, 3 soalan subjektif, jawapannya tak terucap dengan kata-kata. Sebenarnya agak susah juga soalan tu. Mudah-mudahan kami sekelas lulus...Amin.

Pembentangan daripada kertas kerja kumpulan-2, memang menyeronokkan, macam-macam ilmu baru dapat dikongsi bersama. Terutama C++ unik kreatif....sesuatu yang tak terlintas di minda, anyway thanks pada kawan-kawan yang baik hati berkongsi idea dan pensyarah yang tidak jemu-jemu membimbing kami semua. Thanks a lot.

Di sini saya sertakan contoh C++ Colourful Unik Kreatif

Wednesday 23 November 2011

Pertemuan ke-3 Pengaturcaraan Komputer

Kali ni kami belajar tentang Tatasusun Jenis Rentetan, Struktur Kawalan Dengan Sintak C++ , File Handling dan juga Fungsi. Banyak latihan-latihan Borland C++ diberi sebagai ulangkaji sebelum Ujian Midterm. Pada pertengahan P&P kami diberi pop quiz sebagai pengukuhan. Banyak juga input yang diperolehi kali ini.

Sebelum 6.30pm kami dikehendaki menghantar email tugasan berkumpulan . Alhamdulillah kumpulan kami berjaya melaksanakannya dengan baik berkat kerjasama ahli kumpulan iaitu Haryati dan Zalipah, terima kasih kepada ahli kumpulan dan kawan-kawan sekelas.

Fungsi pada kali ini, kami didedahkan kepada elemen fungsi yang melibatkan 2 kategori iaitu fungsi takrifan pengguna dan fungsi piawaian perpustakaan serta Skop Pembolehubah dan Fungsi.

3 element penting fungsi iaitu
i. Takrif fungsi
ii. Memanggil fungsi
iii. Prototaip fungsi


Kami juga diajar tentang tatasusun jenis rentetan dan Struktur Kawalan Dengan Sintak C++

Ilmu yang diperolehi pada hari ini cukup berkualiti. Insyallah mudah-mudahan kami sekelas dapat menjawab soalan ujian midterm dengan jayanya. Dan minta dihalalkan ilmu dari pensyarah yang mengajar dan mendidik kami. Amin.

Sunday 9 October 2011

Pertemuan kedua: Aplikasi Pengaturcaraan C++

Sebelum memulakan kelas, Puan An Ne telah mengedarkan soalan kuiz, bentuk soalan memang mudah sebab objektif, tapi nak jawab berasap juga. Mudah-mudahan diberi kemudahan dan kami semua memperolehi kejayaan, Insyallah.

Kalau sebelum ni, saya didedahkan tentang cara membuat carta alir dan psuedo kod, tapi hari ni kami diajar terus cara bagaimana untuk create atau buat aturcara menggunakan program Borland C++ 5.02. Satu ilmu baru bagi saya, terima kasih banyak-banyak kepada Miss An Ne kerana kesabarannya mengajar, almaklumlah usia di peringkat ni, speed pun dah kurang.



#include
#include
void main(){
int nilai;
char mark;
clrscr();

cout<<"Masukkan nilai ujian [0 - 100]: ";
cin>>nilai;
cout<<"\n";

if(nilai >=90 && nilai <=100)
mark = 'A';
else if(nilai >=80 && nilai <=89)
mark = 'B';
else if(nilai >=65 && nilai <=79)
mark = 'C';
else if(nilai >=50 && nilai <=64)
mark = 'D';
else
mark = 'E';

cout<<"Nilai ujian = "< getch();}

Ini adalah contoh kod untuk menentukan gred markah ujian

Tuesday 4 October 2011

Pertemuan Pertama: Pembelajaran C++

Pada tanggal 02 Oktober 2011, hari Ahad, bermulalah diari baru dalam hidupku, berulang-alik ke UTM untuk menimba ilmu. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana sedikit sebanyak dapat tahu ilmu baru tentang komputer. Pada awalnya agak risau kerana tidak berapa jelas dengan apa yang dipelajari terutamanya sesi pembelajaran sebelah pagi.

Walaubagaimanapun saya amat berterima kasih kepada pensyarah yang mengajar kerana sangat komited memberi tunjuk ajar dan sabar melayan karenah pelajar-pelajarnya terutama pelajar seperti saya yang sudah suku abad usianya, ini bermakna agak perlahan sedikitlah penerimaannya jika dibandingkan dengan yang lain-lain . Namun dengan izin Allah, akhirnya diberi juga kefahaman untuk menerima ilmunya. Amin...
Kami telah mempelajari tentang difinisi pengaturcaraan komputer iaitu satu proses merekabentuk atau menghasilkan program aturcara komputer yang melibatkan beberapa fasa tertentu. Di sini kami diajar tentang program C++ . Kami juga didedahkan tentang cara bagaimana membezakan generasi bahasa pengaturcaraan selain daripada mengenali jenis dan mengenalipasti contoh-contoh bahasa pengaturcaraan yang utama. Secara amnya bahasa komputer boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu bahasa mesin iaitu bahasa generasi pertama, kedua bahasa perhimpunan iaitu bahasa generasi kedua dan ketiga bahasa peringkat tinggi yang melibatkan bahasa generasi ketiga, empat dan lima. Terdapat 2 jenis penterjemah bahasa peringkat tinggi iaitu kompiler dan penafsir.

Bahasa C++ ini mula diperkenalkan pada 1972 di Bell Laboratory, 10 tahun selepas kelahiran sistem UNIX. Bahasa berstruktur yang mempunyai sintaksis ringkas juga merupakan satu bahasa baru yang diperkenalkan menggunakan teknik aturcara berorentasikan objek.



Simbol-simbol carta alir C++